Fly Away
Home About Instagram Twitter Follow Dash

owner


" Here Imma Gonna Says, I Truely Miss my BitterHeart and I Want thats Hurt gone "

tagboard

Sila tinggalkan jejak anda disini.
NOTA KAKI;-
- Menggunakan kata-kata kotor DILARANG same sekali. Terima Kasih atas kerjasama baik anda

 V.I.P(s)


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

Sticky Post * Info Cinta
Wednesday, 19 December 2012 • 22:40 • 0 comments



Hi and  Assalamualaikum, hari nih faa nak share satu info. By the way info nih faa terbace dalam satu blog. Hope korang enjoy baca entry nih okay. 



  • Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
  • Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
  • Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
  • Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
  • Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
  • Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
  • Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
  • Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
  • Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

No 1.
__ _
 Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan aotoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat berbelanja. Pada masa hadapan, anda adalah professional dalam kerjaya yang anda diceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no 4, 6, 8.


No 2.
__ _
Tak kira apapun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan BULAN dan semua orang suka akan bulan. Emm..baguss! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terihadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang bole mengetahui perubahan anda. Anda bole menjadi MAHATMA GANDHI yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertangungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no 2, 5, 9


No 3.
__ _
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi kemana saja anda pergi akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu bekerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan dan persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan didunia ini. Pasangan ideal anda adalah no 6, 9


No 4.
__ _
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam bidang penyelidikan dan seni. Anda akan membantu  kawan-kawan atau ahli keluarga mengharungi masalah tanpa berfikir panjang. Anda perlu berhati-hati dengan orang disekeliling kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu akan menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimana pun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no 1. 8


No 5.
__ _
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda bole menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal dan fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor dikalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga juga akan meminta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda no 1, 2, 9


No 6.
__ _
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda sahaja. Anda sangat pandai pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genieus, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat keatas ahli keluarga anda dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka anda seorang yang pemurah hati, peramah adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no 1, 3, 9


No 7.
__ _
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa sahaja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genieus dalam bidang pendikdikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikan anda banyak melakuan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan didunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no 2.


No 8.
__ _
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tidak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menunding jari pada sesuatu benda. Anda jugan mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakkan masa anda telah dihabiskan bersama-sam dengan  kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalan hidup, tidak putus asa dan seorang yang berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda jugak seorang pasukan, keluarga dan perjuang yang sangat bagus. Pasangan ideal no 1, 4


No 9.
__ _
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikan dan juga mental. Anda mempunyai menilaian yang sangat tajam. Anda juga seorang yang sangat menghormati dalam komuniti. Anda juga seorang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda, Tetapi apabila usia anda meningkat anda seorang anak yang taat dan menghormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah 3, 5, 6

Credit : Akak AqilaFarah





|